SOALAN LAZIM

Soalan 1
Saya telah bersara daripada Perkhidmatan Awam, bolehkah saya menjadi ahli Koperasi Kesihatan?

 Jawapan
 Seseorang yang layak menjadi menjadi anggota Koperasi Kesihatan Trg.Berhad adalah sebagimana berikut:
           i) Sedang atau pernah bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
          ii) Anggota Koperasi yang telah bersara masih lagi boleh menjadi anggota Koperasi dan   
              boleh memohon untuk mengurangkan modal yuran( minima bagi pesara) sebanyak   
              RM10.00 sebulan. Yuran bulanan perlu dijelaskan secara tunai (tanpa melalui 
              potongan BPA)

 Soalan 2
 Saya seorang anggota koperasi, apakah kebajikan yang disediakan untuk ahli koperasi selain daripada dividen tahunan?

Jawapan
Koperasi menyediakan satu akaun Kumpulan Wang Kebajikan untuk diagihkan kepada anggota yang layak, melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Koperasi, wakil koperasi dan melalui website koperasi. Antara sumbangan yang disediakan ialah:
             i)  Khairat kematian (anggota dan ahli keluarga)
            ii)  Sumbangan Kecemerlangan Pelajar ; UPSR 5A, PMR 7A,SPM 7A,STPM 
                 3A,Keputusan peperiksaan Metrikulasi 3.5 ke atas, melanjutkan pengajian ke 
                 peringkat IPT.
            iii) Menunaikan Fardhu Haji (sekali sepanjang menjadi anggota)
            iv) Insentif sebanyak 10% daripada jumlah modal yuran bagi ahli yg. telah menjadi ahli 
                 lebih daripada10 tahun dan mohon berhenti menjadi anggota setelah bersara 
                 daripada perkhidmatan awam.

1 comment:

  1. Saya seorang anggota koperasi, adakah masih layak untuk saya mendapat sumbangan khairat kematian bagi arwah bapa saya setelah lebih dari satu tahun.
    Tarikh Kematian bapa pada 22.03.2018.

    ReplyDelete